BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan Ke SMISTA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan, namun peruntukan 10% dibuka kepada pelajar-pelajar dari luar daripada Wilayah Persekutuan
  3. Minat dan mahir dalam Pengajian Al-Quran, tilawah dan hafazan
  4. Pencapaian minimum 5A 1B dalam UPSR, dan 5A / Mumtaz dalam UPSRA / PSRA serta yang setara dengannya
  5. Bagi anak asnaf penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum adalah sekurang-kurangnya UPSR 4A 2B atau 3A / Jayyid Jiddan dalam UPSRA / PSRA serta yang setara dengannya
  6. Lulus ujian bertulis dan temuduga hafazan (syafawi)

~ Tertakluk kepada perubahan
~ Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2017 hanya melalui 'online' sahaja, sila klik pautan di laman web MAIWP.
~ Sila ikuti Facebook rasmi SMISTA MAIWP.