BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
Visi, Misi, Moto, Matlamat

Visi, Misi, Moto, Matlamat

MOTTO
Berilmu Beramal

VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu  Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MATLAMAT
Meletakkan SMA-MAIWP sebagai sekolah terbaik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di peringkat kebangsaan dari segi akademik, sahsiah diri dan kokurikulum di samping berfungsi sebagai medan ilmu yang malar unggul untuk semua murid.

SMISTA -MAIWP menyediakan pendidikan menengah aliran agama dengan menggabungkan modul kurikulum KBT,iaitu kurikulum bersatu Tahfiz SMISTA MAIWP telah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

MATLAMAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  1. Melahirkan bangsa Malaysia  yang taat setia dan bersatu padu
  2. Melahirkan insan yang beriman,berilmu, berakhlak mulia, berketerampila dan sejahtera
  3. Menyediakan sumber tenaga manusia  untuk keperluan Negara
  4. Memberikan peluang pendidikan  kepada semua  warga Malaysia

VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

VISI JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu  bagi Memenuhi Aspirasi Negara