BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
Piagam SMISTA

Piagam SMISTA

Dalam usaha merealisasikan Wawasan Negara dan Wawasan Pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kami warga SMA MAIWP dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

  1. sentiasa memberi pendidikan berkualiti kepada murid-murid bagi memastikan pencapaian cemerlang serta peningkatan yang berterusan dalam bidang akademik, sahsiah diri dan kokurikulum,
  2. mendokong pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah demi kepentingan bersama,
  3. bekerjasama dengan PIBG dan masyarakat luar bagi menjayakan program-program sekolah,
  4. menjalin hubungan muhibah antara sekolah dengan ibu bapa,
  5. berusaha melengkapkan kemudahan fizikal dan prasarana sekolah dalam mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif dan islamik,
  6. bersedia menerima sebarang cadangan dan teguran yang membina demi meningkatkan prestasi perkhidmatan kami di sekolah ini,
  7. melahirkan warga yang penyayang, berbudi bahasa, sopan santun, hormat menghormati, berkemahiran insaniah dan bekerjasama bagi mewujudkan pemuafakatan antara murid dengan murid, murid dengan guru, guru dengan guru dan warga sekolah dengan pihak luar,
  8. menjadi insan yang berilmu, bertaqwa, berketrampilan dan berakhlak cemerlang bagi menjana reformasi pendidikan yang berkesan dan mampan ke arah melahirkan profesional dan teknokrat Islam.