Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan Laman Web SMISTA MAIWP.
Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menyempurnakan Pembangunan Laman Web SMISTA ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu laman web ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Pengetua SMISTA MAIWP ingin memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa dan ucapan terima kasih kepada ahli yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Visi dan Misi SMISTA MAIWP.
Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai cita-cita besar untuk menempa nama di persada negara dan dunia pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien.
Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah. Ianya menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang dan jelas. Semua tugasan yang terkandung dalam MPS diharap dapat berfungsi serta dijana mengikut garis panduan yang dinyatakan di dalamnya. Saya amat berharap semua warga SMISTA MAIWP dapat memastikan kerja yang dilakukan tidak tersasar dari landasan.
Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa dan semua warga SMISTA-MAIWP yang telah berusaha gigih sehingga berjaya menyempurnakan Pembangunan Laman Web SMISTA ini dengan jayanya.
Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian hari. Insyaallah.
Sekian. Wassalam
Pengetua