Persediaan Belajar
- Semua penghuni aspura/aspuri dikehendaki mengikuti waktu persediaan belajar seperti berikut:
- Prep petang : 3.50 – 4.30ptg. Prep Malam : 8.45 – 10.30 mlm
- Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada Penyelia Asrama atau warden bertugas.
- Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak dibenarkan melainkan atas arahan pengurusan sekolah (latihan sukan, dll)
- Pelajar tidak dibenarkan tidur, membaca surat khabar, majalah, komik, menulis surat, berjalan-jalan atau berbual kosong.
- Semua penghuni aspura / aspuri hanya dibenarkan mengikuti kelas tambahan (tuisyen) yang disediakan oleh pihak sekolah / pengurusan asrama sahaja.
Solat
- Semua penghuni asrama dikehendaki menunaikan solat secara berjemaah di surau asrama.
- Solat di dalam kamar (dorm) tidak dibenarkan.
Sukan
- Waktu Riadah : 5.00 – 6.00 ptg.
Keluar Masuk Asrama
- Pelajar dibenarkan keluar outing bersama waris mengikut jadual yang ditetapkan di dalam jadual outing dan balik bermalam.
- Setiap pelajar mestilah menyerahkan kad pelajar / kad keluar masuk di pondok pengawal / warden sewaktu keluar dan mengambilnya semula semasa memasuki kawasan sekolah / asrama.
- Kebenaran keluar asrama pada waktu yang lain hanya diberikan untuk rawatan pesakit, kecemasan atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja (bersurat)
- Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran oleh Pengetua / PK HEM / ketua warden atau warden bertugas.
Peraturan Melawat
- Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut :
-
Sabtu - 12.30 pg - 6.00 ptg (Tg 1 & 2,)
- 4.30 ptg - 6.00 ptg (Tg 3,4 & 5)
Ahad 9.00 pg -6.00 ptg (Semua tingkatan)
-
- Semua pelawat hendaklah dilayan ditempat yang disediakan (tempat menunggu). Pelawat dilarang masuk ke dalam kamar dan kawasan-kawasan larangan yang lain.
- Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibubapa / penjaga boleh melawat dengan kebenaran Pengetua / Penolong Kanan HEM / warden bertugas