1. Dasar kualiti
Jawatankuasa Pengurusan Asrama SMA-MAIWP telah meletakkan empat fokus utama dalam pengurusan asrama iaitu sahsiah, akademik, 3K dan kokurikulum.
Fokus strategik Jawatankuasa asrama adalah memastikan pengurusan asrama yang cemerlang dan pembentukan sahsiah muriah murid yang efisien dan berkualiti memenuhi tuntutan semasa iaitu melahirkan modal insan terbilang sejajar dengan moto “Asrama Terbilang Insannya diulang
2. Matlamat :
2.1 Mempertingkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran asrama.
2.2 Mewujudkan suasana kondusif sebagai tempat tinggal untuk belajar.
2.3 Mempastikan amalan budaya hidup cemerlang sentiasa dan semangat setiakawan serta konsep asrama ku rumahku diamalkan.
2.4 Memastikan semua penghuni mendapat makanan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan kesihatan minda dan jasad melalui amalan pemakanan yang seimbang
2.5 Memastikan asrama sentiasa selamat untuk penghuninya.
3. Jangkaan Impak
Melalui strategi, perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh Jawatan kuasa Pengurusan Asrama adalah sangat diharapkan pelajar-pelajar dapat menghadapi pembelajaran dengan lebih selesa .Disamping dapat mengamalkan budaya hidup beragama dan cemerlang pada masa hadapan,berakhlak mulia,berhemah tinggi,cerdas dan cergas.Justeru modal insan terbilang dapat dihasilkan bagi memenuhi tuntutan masyarakat dan semasa.