SMISTA MAIWP TERIMA PENGETUA BAHARU

3 September - Selepas 8 tahun penubuhan SMISTA MAIWP, tanggal 3 September 2019, Ustaz Wan Jamaludin Bin Wan Bidin dinamakan sebagai Pengetua ketiga SMISTA MAIWP selepas Ustazah Nura’afifah Marni (Ogos 2011 - April 2016) dan Ustaz Mashanizat Ngasri (April 2016 - Ogos 2019).


Berkat pengalaman selama 4 tahun meneraju SMA Al-Hasanah, 3 September 2019, beliau melapor diri di SMISTA MAIWP menggantikan Ustaz Mashanizat Ngasri yang bertukar ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin (SAMTSH), Klang.
Harapan beliau di SMISTA semoga SMISTA dapat bersaing dengan semua sekolah dan ditempatkan sebagai antara sekolah yang terbaik di antara yang terbaik sejajar dengan harapan MAIWP dan KPM.

Beliau yakin dan percaya, dengan komitmen dan kerjasama para guru, dokongan dari para ibu bapa, aset pelajar dan sistem yang baik, SMISTA boleh berada di tempat yang tertinggi.

1.jpgkecik.png4.jpg2.jpg3.jpg

FaLang translation system by Faboba