2 Oktober - Wakil Pelajar dari SMISTA MAIWP, Haikal Firdaus Mohd Jaafaruddin dan Mahirah Aminuddin masih boleh membuktikan jagoan walaupun menghadapi kekangan dan kesulitan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kesemua pertandingan yang diadakan sepertimana biasa sebelum ini terpaksa ditangguhkan atau dilaksanakan dengan kaedah berbeza. Impak ini juga menyebabkan Pertandingan Adab dan Nilai (ADNI) Sekolah-Sekolah KPM dibuat secara atas talian.
Haikal Firdaus, Tingkatan 3, mengakui agak gugup sebelum diangkat menjadi johan kategori 30 Juzuk selepas mempersembahkan bacaan yang sangat baik secara maya dalam Pertandingan Tahfiz al-Quran Terbuka Peringkat Negeri.
Manakala Mahirah Aminuddin, pelajar tingkatan 4, pula dipilih sebagai johan dalam kategori 20 juzuk.
SMISTA MAIWP yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Peringkat Kebangsaan dalam 2 kategori ini akan berhempas pulas di alam maya pada tarikh yang diumumkan nanti.
AdmirorGallery 5.0.0, author/s Vasiljevski & Kekeljevic.
Secured & Audited by: Security Audit Systems