BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
Berita Terkini

Perhimpunan Mingguan Rasmi Sekolah Minggu Ke-15

Perhimpunan Mingguan Rasmi Sekolah Minggu Ke-15

Tarikh: 16 April 2018 (Isnin)
Masa: 9.30 - 10.30 am
Tempat: Dewan Syarahan MSOA
Penglibatan: Semua Guru SMISTA MAIWP
Disempurnakan Oleh: Ustaz Mashanizat Ngasri (Pengetua SMISTA MAIWP)


__________________________________

Alhamdulillah, perhimpunan rasmi mingguan berlangsung dengan suasana yang amat harmoni.

Antara agenda-agenda pada perhimpunan kali ini;

1) Dipengerusikan oleh Abdur Roziq Bin Yusop

2) Bacaan Hadis 40 oleh Awathif Omar (Rukun Islam)

3) Laporan mingguan oleh Guru Bertugas, Ustaz Azhar Abd Rahman

4) Penyampaian Trofi dan Hadiah kepada Pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri yang telah berlangsung di SMK Kiaramas, KL pada 14 April 2018. Pelajar-pelajar ini telah dibimbing oleh Ustaz Malik Ahmad dan Ustaz M. Amirul Ihsan Bin Che Noh.
Keputusan pertandingan seperti berikut;

a) Tilawah Al-Quran L - Johan (Muhammad Aidil Bin Senin)
b) Tilawah Al-Quran P - Ketiga (Nujba Binti Mohammad)
c) Hafazan L - Naib Johan (Muhammad Fitri Naim Bin Roslan)
d) Hafazan P - Naib Johan (Umairah Syafiyyah Binti Abdul Malik Al-Ahmadi)

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dan telah mengharumkan nama SMISTA MAIWP di peringkat negeri

5) Persembahan Kalam Jama'ie yang dibimbing oleh Ustazah Ain Syahirah Binti Azli (Guru Praktikum)

6) Pelancaran dan Demo sempena Minggu Sains dan Matematik oleh GKMP Sains Matematik, Puan Noor Lela Binti Ismail

7) Ucap Tama oleh Ustaz Mashanizat Bin Ngasri
- Ucapan tahniah kepada semua atas pencapaian sepanjang minggu lepas
- Memperkenalkan 2 orang Guru KBT yang baharu, Ustaz Ahmad Fadzli Yahya dan Ustaz Ammar Razali
- Berusaha dengan lebih gigih supaya mendapat kejayaan dalam semua peperiksaan
- Sentiasa positif dan terus berusaha untuk yang lebih baik

1.jpg2.jpg3.jpg4.jpgMain.jpg