Selalu Pulang Lambat

masjidkecik

Seusai solat zohor berjemaah, penjuru sebelah kanan masjid menjadi destinasi pilihan. Tempat yang sama menjadi pilihannya saban hari apabila berada di masjid tersebut.
Mushaf berwarna biru tua dibuka. Mulut mula melagukan bait-bait kalimah.

“ Dia selalu pulang lambat ke rumah. Nak dekat maghrib baru dia balik kalau dia ke masjid untuk solat zohor.” kata ayahnya.

“ Selepas makan malam, dia berkurung pula di dalam bilik. Jarang sangat dia keluar dengan kawan-kawan, saya pun hairan dengan sikap dia,” ujar ayahnya lagi.

Namum, keanehan sikapnya yang bukanlah mengundang masalah besar pada keluarga, guru-guru  mahupun rakan-rakannya. Meskipun kurang bersosial, dia masih bergaul rapat dengan teman-teman seperjuangan.

Kesibukan mengulang kaji pelajaran langsung tidak menghalang jejaka muda kelahiran Kelantan, Faris Izwan Nordin, 16, menghafal al-Quran pada setiap waktu terluang.

Tidak kira di sekolah mahupun di rumah, Pelajar Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP itu mengaku suka mengisi waktu dengan hobi menghafal al-Quran dan bertarannum.

Bukanlah mudah untuk cemerlang dalam kedua-dua kurikulum iaitu akademik dan tahfiz. Namun, anak muda ini telah membuktikan bahawa ia tidak mustahil. Malah, dia bijak memanfaatkan masa dan mencuri peluang untuk mengulang al-Quran.

Berkat kesabaran dan kesungguhan mengulang al-Quran, beliau telah berjaya merangkul naib johan hafazan kategori juzuk 1 hingga 10 di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1438H/2017M.

Naib johan membawa pulang trofi, hadiah iringan dan sijil yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

hafazan1.jpghafazan2.JPGhafazan3.JPGhafazan4.jpghafazan5.jpgmasjidkecik.jpghafazan7.jpg

FaLang translation system by Faboba