BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
Berita Terkini

Permata Al-Quran SMISTA Harumkan Nama Malaysia

13 Mei - Umairah Syafiyyah Binti Abdul Malik Al-Ahmadi, 15, bersyukur kerana pada usia 13 tahun beliau telah mula menghafal al-Quran.

Beliau yang mewakili Malaysia dalam 10th Annual International Quranic Competition 2017 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, merujuk kejayaannya itu akibat dipaksa memasuki sekolah tahfiz pada usia 7 tahun.

Anak ketiga daripada tiga beradik ini berkata beliau diajar membaca al-Quran oleh ibu bapanya ketika berumur empat tahun sebelum dihantar ke Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Selangor.
"Saya merasa bersyukur kerana diperkenalkan al-Quran oleh ibu bapa dan seterusnya menghantar saya ke sekolah  aliran agama yang ilmunya tidak ternilai harganya bagi saya," katanya yang telah khatam Al-Quran seawal umur 15 tahun.

Hasilnya, Umairah Syafiyyah telah berjaya menggondol tempat kedua dalam Hafazan 1-10 juzuk dan seterusnya mengharumkan nama Malaysia.

Seramai 345 peserta dari 19 buah Negara menyertai musabaqah hafazan ini dalam pelbagai kategori. Malaysia juga disertai oleh peserta lain dalam kategori 30 juzuk.

18519426_1514637275254271_2268547431174734410_n.jpgpermata1.jpgpermata2.jpg